BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Buku-buku Ilmiah dan Novel

Diari Ummi untuk Rafiqah


Diari Ummi untuk Rafiqah (2009) karya Rahimah Latif merakamkan pengalaman suka duka seseorang ibu yang bersemangat kental dan tabah dalam mengharungi kehidupannya setelah anaknya disahkan mengidap penyakit barah otak (brain tumor). Cerita ini sangat meruntun dan menyentuh perasaan pembaca.  Banyak ilmu, pengalaman dan pengajaran dapat dikutip daripada novel ini.

Anda boleh membelinya melalui emel kepada saya (marlina.intan@yahoo.com). Harga hanya RM25 (termasuk kos penghantaran/postage). Dapatkan segera..selagi stok masih ada...










Sejarah Teori & Kritikan: Sastera Nusantara

Sejarah Teori & Kritikan: Sastera Nusantara menyajikan tiga bidang yang bersangkutan antara satu sama lain: tanpa kenal sejarahnya tidak mngkin berhasil menyatukan perbincangan ke arah yang bersifat ilmiah. Tanpa ada contoh dan pembuktian, dapatan dan kesimpulan tidak meyakinkan. Memuatkan dua gagasan yang mengarah kepada teori, adalah kemuncak pencapaian seseorang kepada bidang ini. Manfaatnya ada dalam 11 bab buku ini; setiap satu membawakan persoalan yang terjawab di hujung perbincangannya. Ruang ilmu diperluaskan ke Nusantara; cakupannya diperpanjangkan daripada yang tradisi kepada yang moden dan penterorian sasteranya.

Sahlan Mohd. Saman, pengawang buku ini, telah menghasilkan puluhan buku dalam budang Sastera Bandingan, Sastera Melayu, Teori dan Kritikan Sastera M.A. dan PhD-nya pada disiplin Sastera Bandingan. Beliau telah bertugas di Universiti Kebangsaan Malaysia selama 30 tahun hingga meraih jawatan Profesor Persuratan Melayu pada tahun 2005; kini bertugas pula di Universiti Brunei Darussalam sebagai Profesor Kesusasteraan, Bandingan sejak Ogos 2007.






RM 17 (tidak termasuk kos penghantaran)

Anda boleh membelinya melalui PM di inbox facebook saya atau menghantar email kepada saya (in_marlin@yahoo.com)


Semiotik Peirce

Kehidupan  manusia dikelilingi dan dipenuhi tanda. Manusia sentiasa berurusan dengan tanda dalam aktiviti kehidupannya setiap hari. Kemunculan tanda pula sering sahaja dalam rupa dan bentuk yang pelbagai untuk manusia memberikan reaksi fikiran mahupun perasaan. Gambaran tersebut sudah memadai untuk membuktikan pengaruh tanda dalam kehidupan kehidupan manusia.

Peri pentingnya tanda dalam urusan kehidupan manusia telah menarik minat Charles Sanders Peirce untuk mengkaji tanda. Peirce dalam teori ilmu tanda atau semiotik yang dipeloporinya telah mengatakan sebelum sesuatu itu muncul sebagai tanda dan bagaimana manusia menyirat maknya, maka sesuatu itu telah terlebih dahulu melalui prosesnya. Maka tanda bagi Peirce bukanlah sekadar ikon, indeks, dan simbol. Ia lebih daripada itu. Buku ini menghuraikan dan mendedahkan tanda dan makna yang lebih daripada itu.






RM 15 (tidak termasuk kos penghantaran)

Anda boleh membelinya melalui PM di inbox facebook saya atau menghantar email kepada saya (in_marlin@yahoo.com)


Penyelidikan Sastera: Teori, Metodologi, dan Pengalaman

Buku ini menyajikan suatu manual penyelidikan bagi bidang Kesusasteraan Melayu, menyekalikan metrologi dan pengalaman penulis untuk dikongsikan dengan khalayak penyelidik khususnya. Perkara-perkara penting seperti penyediaan kertas cadangan, pemanfaatan teori dan metrologi serta penulisan laporan dalam bentuk ilmiah dititik-beratkan sebagai perisian buku ini. Pelajar jurusan sastera dan pendidikan sastera, khususnya Kesusasteraan Melayu daripada tahap Sarjanamuda, Sarjana dan Doktor Falsafah memerlukan buku ini demi menghasilkan penyelidikan yang terarah dan mendapat dengan bidang kajian, dapatan serta kesimpulan yang objektif dan saintifik.





RM 15 (tidak termasuk kos penghantaran)

Anda boleh membelinya melalui PM di inbox facebook saya atau menghantar email kepada saya (in_marlin@yahoo.com)


Kesusasteraan Bandingan Mentafsir Budaya dan Kehidupan

Buku ini, menawarkan suatu ruang perbicangan ilmiah yang merentasi sejarah budaya yang politik dari perspektif antara disiplin. Teori sastera relevan dimanfaatkan pada bab perbicangan tertentu. Sastera Islam dimuatkan sebagai perisian baru khusus tamadun Nusantara. Matlamatnya mengangkat kajian sastera sebagai satu amanah kemanusiaan yang bermanfaat untuk kehidupan. Segala tokoh, teks, gerakan, institusi dan percetakan yang pernah wujud dan terus wujud ditafsir mengikut sukat zaman ras dan milieunya, memberikan citra objektif tanpa pembohongan atau berrideologi. Fokusnya wilayah Nusantara ini dengan bahasa Melayu sebagai medianya.




RM 25 (tidak termasuk kos penghantaran)

Anda boleh membelinya melalui PM di inbox facebook saya atau menghantar email kepada saya (marlina.intan@yahoo.com)

$ Selamat Membeli $